Search This Blog

Wednesday, May 8

Karisma cungkil potensi murid



peserta pertandingan 'cubic-rubic' bersiap sedia untuk memulakan pertandingan sempena Karisma 2013 di SMK Sultan Ismail, Kemaman, Terengganu baru-baru ini.


KEMAHIRAN berfikir merupakan salah satu elemen yang perlu dikuasai oleh muridseperti mana digariskan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Melalui kemahiran ini, murid dapat menguasai pelbagai kemahiran supaya mereka berjaya mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan dapat berfikir secara kreatif di luar konteks akademik.

Selaras dengan itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail Kemaman, Terengganu baru-baru ini telah menganjurkan Karnival Pendidikan dan Kokurikulum (Karisma) 2013.

Karnival yang berlangsung selama empat hari itu bukan sahaja membuka peluang kepada murid menonjolkan kemahiran dan potensi diri dalam bidang-bidang akademik malahan juga bidang kokurikulum.

Pengetua sekolah itu, Roslina Zakaria berkata, sebanyak 76 acara dipertandingkan dengan melibatkan hampir semua murid sekolah berkenaan di sepanjang Karisma berlangsung.

Antara acara yang dipertandingkan termasuklah pertandingan robotik, bercerita, tulis esei, pidato, kaligrafi, gubah bunga, hias pizza, koir, nyanyian, sukan, pasukan beruniform dan lain-lain.

Katanya, selain penglibatan hampir semua murid dan guru SMKSI, karnival itu juga menarik minat ibu bapa dan masyarakat di sekitarnya melalui pelbagai pameran yang diadakan, program pemeriksaan kesihatan dan sebagainya.

"Melalui program seperti ini, kita berharap dapat mencungkil potensi murid dalam pelbagai bidang dan kemahiran melalui aktiviti yang diadakan sekali gus meningkatkan daya kreativiti dan inovatif mereka," katanya.

Menurut beliau, Karisma yang telah diadakan kembali selepas tiga tahun tidak dapat dilaksanakan itu merupakan usaha bersepadu untuk melahirkan murid yang mempunyai semangat toleransi yang tinggi.
Katanya, sebagai sebuah sekolah yang mempunyai latar belajar murid daripada pelbagai kaum, semangat toleransi ini perlu dipupuk di samping jati diri dan kemampuan bersaing secara sihat dalam mencapai impian masing-masing.

"Apa yang penting Karisma ini mampu melahirkan murid yang cemerlang seimbang dari segi sahsiah, akademik dan kokurikulum," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130429/pe_02/Karisma-cungkil-potensi-murid#ixzz2ShU7E3fW © Utusan Melayu (M) Bhd 

Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 5 2013





Diharapkan kepada bakal-bakal pelajar SPM menjadikan medan pertempuran ini sebagai persedian bagi menghadapi peperiksaan yang sebenar. Semoga berjaya. 


Sekalung tahniah untuk Pengurus, Jurulatih dan Pemain Bolasepak SMK Kuala Penor Bawah 15 Tahun kerana berjaya menduduki tempat ketiga Kejohanan Bolasepak MSSM Pahang. Pasukan SMK Kuala Penor tewas kepada SMK Dato' Mahmud Mat dalam perlawanan separuh akhir yang berlanjutan ke sepakan penalti. Keputusan penuh perlawanan terikat 2 - 2 dan pemenang terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti. Walaupun telah mencuba sepenuh upaya dengan segala teknik dan taktik yang diajar, namum mereka terpaksa akur apabila tumpas penentuan itu.


Warga SMK Kuala Penor merakamkan ucapan tahniah untuk semua yang terlibat terutama Encik Saharuddin (PK Koko), Encik Azaha Awang (PK Hem), Encik Khiril Izam, Tuan Haji Ahmad Shauki, Encik Nur Hidayat, Ustaz Nasriq yang tak putus-putus berdoa dan tidak lupa untuk semua pemain SMK Kuala Penor yang menunjukkan prestasi permainan yang mantap, menarik serta bermutu....